PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP RENDAH

21/06/2024 10:28 PM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 21 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat disebabkan kelemahan dalam minyak soya Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) dan niaga hadapan semalaman minyak canola Intercontinental Exchange semalaman, kata Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani.

Beliau berkata niaga hadapan MSM juga menjejaki niaga hadapan minyak sayuran China semasa waktu dagangan Asia manakala kelemahan dalam harga tenaga telah meredakan sentimen kenaikan harga dalam pasaran minyak sawit.

"Bagaimanapun, pembelian semula minyak sawit China pada Khamis dan diskaun minyak sawit berbanding minyak saingannya telah menyokong punca minyak sawit dan mengehadkan kerugian," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, peniaga minyak sawit David Ng berkata MSM ditutup rendah hari ini berikutan jangkaan pengeluaran yang lebih tinggi dalam beberapa minggu akan datang dan juga harga minyak kacang soya lebih rendah.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Julai 2024 susut RM50 kepada RM3,930 setan metrik, Ogos 2024 turun RM58 kepada RM3,911 satu tan metrik, September 2024 berkurangan RM59 kepada RM3,900 setan metrik, Oktober 2024 jatuh RM57 kepada RM3,892 satu tan metrik, November 2024 merosot RM52 kepada RM3,898 setan metrik dan Disember 2024 menguncup RM51 kepada RM3,914 satu tan metrik.

Jumlah dagangan meningkat kepada 58,712 lot daripada paras 48,882 pada Khamis manakala kepentingan terbuka turn kepada 215,347 kontrak daripada 218,166 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Jun Selatan rendah berkurangan RM20 kepada RM3,980 setan metrik.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan