PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA DITUTUP TINGGI, DISOKONG BELIAN SAHAM WAJARAN TINGGI TERPILIH

09/07/2024 07:57 PM

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 9 Julai (Bernama) --  Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disebabkan minat belian berterusan dalam saham wajaran tinggi perkhidmatan kewangan terpilih diterajui oleh Public Bank Bhd dalam persekitaran prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya meningkat.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.40 mata kepada 1,614.42 daripada 1,611.02 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.

Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya ditutup semalam sempena cuti umum Awal Muharram.

Indeks penanda aras itu dibuka 6.12 mata lebih tinggi kepada 1,617.14 dan bergerak di antara 1,618.15 dengan 1,618.02 sepanjang dagangan hari ini.

Bagaimanapun, bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 666 berbanding 529 manakala 480 kaunter tidak berubah, 729 kaunter tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 4.65 bilion unit bernilai RM3.84 bilion daripada 4.34 bilion unit bernilai RM2.95 bilion pada Jumaat.

Ketua Penyelidikan Apex Securities Bhd Kenneth Leong memberitahu Bernama bahawa FBM KLCI mencatatkan keuntungan sederhana didorong sebahagian besarnya oleh saham wajaran tinggi perbankan terpilih dalam persekitaran prospek positif terhadap kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang lebih baik berikutan data pekerjaan lemah tidak menepati jangkaan pada Jumaat lepas.

Peningkatan itu juga seiring dengan prestasi negara serantau, kebanyakannya mencatatkan prestasi positif, katanya.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata indeks barometer ditutup lebih tinggi hari ini, mencerminkan prestasi kukuh pasaran serantau dan Wall Street.

“Sentimen di Bursa Malaysia telah meningkat dengan ketara, disokong oleh indeks Nikkei 225 Jepun yang mencatatkan paras tertinggi,” katanya kepada Bernama.

Di peringkat serantau, Nikkei 225 Jepun melonjak 1.96 peratus kepada 41,580.17, Indeks Straits Times Singapura naik 0.64 peratus kepada 3,426.09, Kospi Korea Selatan meningkat 0.34 peratus kepada 2,867.38, dan Indeks Shanghai 3.2 menokok enam peratus kepada 9.2.

Leong berkata melangkah ke depan, Apex Securities menjangkakan indeks utama bergerak berhati-hati apabila pelabur memantau testimoni Pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell kepada Kongres AS yang pasaran menjangkakan akan kekal menyokong prospek penurunan kadar faedah dalam persekitaran pasaran buruh yang lemah baru-baru ini.

“Selain itu, menjelang pertengahan bulan, pelabur akan memerhatikan hasil keluaran pendapatan korporat di Wall Street.

“Di peringkat tempatan, data pengangguran Malaysia akan menjadi tumpuan esok,” katanya.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB masing-masing naik dua sen kepada RM10.06 dan RM6.97, Public Bank menokok tujuh sen kepada RM4.11, Tenaga Nasional meningkat 20 sen kepada RM14.42 manakala IHH Healthcare merosot dua sen kepada RM6.30.

Bagi kalangan saham aktif, Johor Plantations Group Bhd yang baru disenaraikan meningkat enam sen kepada 90 sen, Hubline menokok satu sen kepada lapan sen, Bumi Armada menambah dua sen kepada 60 sen, ATA IMS naik 5.5 sen kepada 55.5 sen dan K-One technology naik tiga sen kepada 32.5 sen.  

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 28.89 mata kepada 12,472.88, Indeks FBMT 100 menambah 33.05 mata kepada 12,045.93 manakala Indeks FBM Emas Shariah adalah 21.24 mata lebih kukuh pada 12,828.12, Indeks FBM 70 menokok 78.60 mata kepada 18,464.10, Indeks FBM ACE merosot 16.05 mata kepada 5,950.26.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 106.33 mata kepada 17,709.77, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.17 mata kepada 200.09, Indeks Tenaga jatuh 2.18 mata kepada 984.57 dan Indeks Perladangan merosot 73.52 mata kepada 6,932.12.

Sementara itu, jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.74 bilion unit bernilai RM3.40 bilion daripada 2.24 bilion unit bernilai RM2.42 bilion pada Jumaat.

Jumlah dagangan waran melonjak kepada 987.46 juta unit bernilai RM116.99 juta daripada 987.05 juta unit bernilai RM141.13 juta pada Jumaat lepas.

Dalam pada itu, jumlah dagangan Pasaran ACE turun kepada 920.83 juta saham bernilai RM322.83 juta daripada 1.10 bilion saham bernilai RM389.59 juta pada Jumaat.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 382.59 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama; produk dan perkhidmatan perindustrian (629.30 juta); pembinaan (188.27 juta); teknologi (299.20 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (144.07 juta); hartanah (216.33 juta); perladangan (211.80 juta); REIT (8.77 juta); dana tertutup (6,000); tenaga (272.42 juta); penjagaan kesihatan (84.22 juta); telekomunikasi dan media (58.01 juta); pengangkutan dan logistik (187.50 juta); utiliti (62.46 juta) dan amanah perniagaan (970.400).

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan