PASARAN > BERITA

BURSA MALAYSIA DITUTUP PADA PARAS TERTINGGI BAHARU DALAM TIGA TAHUN

17/07/2024 07:21 PM

KUALA LUMPUR, 17 Julai  (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi baharu dalam tiga tahun hari ini, seiring dengan kenaikan global berikutan jangkaan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar, telah merangsang segmen pasaran berisiko, kata seorang penganalisis. 

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 7.58 mata, atau 0.47 peratus, kepada 1,633.54 daripada 1,625.96 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks petunjuk pasaran dibuka 4.02 mata lebih tinggi pada 1,629.98 dan kemudian merosot intra hari kepada 1,629.89 sebelum mencatatkan intra hari tinggi kepada 1,638.03 sehingga rehat tengah hari.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi 770 kepada 445, dengan 513 kaunter tidak berubah, 720 tidak diniagakan dan enam yang lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 5.28 bilion unit bernilai RM3.87 bilion daripada 4.66 bilion unit pada Selasa bernilai RM3.52 bilion.

Pada peringkat serantau, Nikkei 225 Jepun susut 0.43 peratus kepada 41,097.69, Indeks Straits Times Singapura naik 0.05 peratus kepada 3,489.57, dan Indeks Hang Seng Hong Kong meningkat 0.06 peratus kepada 17,739.41.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata Indeks Pembinaan Bursa Malaysia menerajui pasaran dengan peningkatan lebih 3.0 peratus apabila pelabur menjangkakan bahawa pemberian kontrak akan meningkat dipacu oleh infrastruktur awam dan projek swasta.

Indeks Pembinaan melonjak 11.01 mata atau 3.61 peratus kepada 315.68.

"Pada masa hadapan, dijangkakan FBM KLCI akan mengekalkan momentum. Perkembangan ini disokong oleh beberapa faktor seperti Fed AS yang cenderung untuk menurunkan kadar telah menarik minat baharu pelabur-pelabur asing dan merangsang persekitaran bidang pelaburan seperti pusat data dan semikonduktor," katanya.

 Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen positif dalam pasaran tempatan didorong oleh penilaian yang menarik, peningkatan keyakinan pelabur dan pembelian asing yang teguh.

"FBM KLCI menembusi paras rintangan 1,630, dan sekiranya ia bertahan di atas paras ini untuk tempoh yang panjang, kami menjangkakan potensi peningkatan seterusnya. Rintangan selanjutnya dijangka dalam julat 1,650-1,660, dengan sokongan kekal pada 1,610," katanya.

Bagi saham wajaran tinggi, TNB dan Public Bank masing-masing mengukuh empat sen kepada RM14.50 dan RM4.17, Press Metal naik satu sen kepada RM5.99, Petronas Chemicals naik tujuh sen kepada RM6.03, CelcomDigi menambah 10 sen kepada RM3.70, IHH Healthcare kekal pada RM6.35, dan Maybank turun dua sen kepada RM10.08.

Antara kaunter aktif, Ekovest menokok empat sen kepada 55.5 sen, Berjaya Corp naik tiga sen kepada 38.5 sen, SNS Network melonjak lapan sen kepada 92 sen, Censof menambah satu sen kepada 39.5 sen, WCT naik tujuh sen kepada RM1.23, dan Velesto kekal pada 23.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas memperoleh 77.68 mata kepada 12,678.41, Indeks FBMT 100 meningkat 72.53 mata kepada 12,245.66, Indeks FBM Emas Shariah melonjak 114.33 mata kepada 13,086.92, Indeks FBM 70 menokok  169.57 mata kepada 18,978.79, dan Indeks FBM ACE naik 39.14 mata kepada 6,002.22.

Dari segi sektor, Indeks Tenaga susut 3.82 mata kepada 972.38, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 34.11 mata kepada 17,935.17, Indeks Perladangan meningkat 92.41 mata kepada 7,074.71, dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.67 kepada 200.79. 

Bursa Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Ewein Bhd telah menukar namanya kepada Skygate Solutions Bhd berkuat kuasa 9 pagi pada 19 Julai 2024.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 3.07 bilion unit bernilai RM3.42 bilion berbanding 2.52 bilion unit bernilai RM3.07 bilion pada Selasa.

Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.27 bilion unit bernilai RM145.98 juta daripada 1.08 bilion unit bernilai RM136.60 juta semalam.

Jumlah dagangan Pasaran ACE susut kepada 940.04 juta saham bernilai RM312.69 juta berbanding 1.06 bilion saham bernilai RM306.73 juta semalam.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 421.25 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama; produk dan perkhidmatan perindustrian (647.16 juta); pembinaan (502.46 juta); teknologi (387.99 juta); SPAC (sifar); perkhidmatan kewangan (87.83 juta); hartanah (366.16 juta); perladangan (64.91 juta); REIT (17.25 juta); dana tertutup (23,800); tenaga (290.96 juta); penjagaan kesihatan (101.09 juta); telekomunikasi dan media (37.30 juta); pengangkutan dan logistik (72.23 juta); utiliti (72.07 juta); dan amanah perniagaan (6.09 juta).

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan