PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP TINGGI

17/07/2024 09:33 PM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu berikutan harga minyak soya yang kukuh, kata seorang peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata prestasi eksport yang kukuh dan sentimen pasaran yang positif terus menyumbang kepada peningkatan hari ini.

"Kami mengesan paras sokongan pada RM3,850 dan paras rintangan pada RM4,000," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2024 naik RM11 kepada RM3,977 satu tan, September 2024 menokok RM9 kepada RM3,953 satu tan, dan Oktober 2024 meningkat RM7 kepada RM3,932 satu tan.

Sementara itu, kontrak November 2024 naik RM4 kepada RM3,921 satu tan, Disember 2024 susut RM3 kepada RM3,921 satu tan, manakala Januari 2025 merosot RM5 kepada RM3,930 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 59,127 lot berbanding 55,822 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka turun kepada 218,883 kontrak daripada 220,707 kontrak sebelum itu.

Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan turun RM10 kepada RM4,030 satu tan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan