PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia rendah sedikit semasa akhir sesi dagangan pagi

26/07/2024 02:06 PM

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi rendah sedikit pada Jumaat.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.89 mata kepada 1,613.29 daripada 1,615.18 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks itu dibuka 1.19 mata lebih rendah kepada 1,613.99 dan berlegar di antara 1,610.65 dengan 1,614.58 sepanjang sesi pagi.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 569 berbanding 307, manakala 518 kaunter tidak berubah, 1,129 kaunter tidak diniagakan dan 52 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.35 bilion unit bernilai RM1.24 bilion.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd memandangkan tekanan jualan di pasaran saham Amerika Syarikat reda, aktiviti pembelian semasa harga murah mungkin muncul di pasaran tempatan.

“Bagi jangka masa terdekat, pelabur mungkin mencari saham berkaitan pusat data yang mengalami penurunan nilai. Kami menjangkakan pelabur meneliti semula keadaan dalam sektor teknologi selepas fasa pembetulan ini.

“Kami memilih segmen pembinaan, hartanah, utiliti dan bahan binaan. Selain itu, kami juga cenderung kepada saham dalam sektor perkapalan, kewangan dan berkaitan air,” menurut firma pembrokeran itu dalam nota penyelidikan hari ini.

Antara saham wajaran tinggi, Public Bank turun 2.0 sen kepada RM4.19, Tenaga Nasional susut 6.0 sen kepada RM13.94, CIMB Group kurang 2.0 sen kepada RM7.17, manakala Maybank dan IHH Healthcare masing-masing tidak berubah pada RM10.14 dan RM6.26.

Antara saham aktif, Kucingko melonjak 28.5 sen kepada 58.5 sen, Alam Maritim naik setengah sen kepada 4.0 sen, dan OCR Group menambah 1.0 sen kepada 11 sen.

Sementara Cape EMS merosot 14.0 sen kepada 74 sen dan Widad Group mendatar pada 5.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 9.30 mata kepada 12,456.48, Indeks FBMT 100 kurang 7.06 mata kepada 12,045.58, Indeks FBM Emas Syariah menguncup 4.31 mata kepada 12,735.39, manakala Indeks FBM Ace merosot 69.19 mata kepada 5,741.67.

Sementara itu, Indeks FBM 70 menokok 14.93 mata kepada 18,493.28.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan menambah 28.71 mata kepada 7,179.67, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.35 mata kepada 192.14, Indeks Tenaga menokok 4.04 mata kepada 962.33 namun, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 33.36 mata kepada 17,949.90.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan