PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Fbm Klci Ditutup Tinggi

29/07/2024 08:05 PM

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai.

Kontrak bulan semerta Julai 2024 meningkat 13 mata kepada 1,626.5 manakala Ogos 2024 dan September 2024 naik 8.5 mata masing-masing kepada 1,626 dan 1,609.5 serta Disember 2024 menokok 10.5 mata kepada 1,618.5.

Jumlah dagangan melonjak kepada 91,049 lot daripada 33,025 pada Jumaat manakala kepentingan terbuka melambung kepada 143,335 kontrak daripada 81,910 sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 11.68 mata atau 0.72 peratus kepada 1,624.56 daripada 1,612.88 pada Jumaat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan