PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Berikutan Kebimbangan Pengeluaran Tinggi

31/07/2024 09:36 PM

Oleh Danni Haizal Danial Donald & Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu berikutan kebimbangan mengenai peningkatan pengeluaran dalam beberapa minggu akan datang, kata peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata kekukuhan ringgi berbanding dolar AS yang telah merendahkan permintaan eksport minyak sawit turut mempengaruhi sentimen pasaran.

“Kami menetapkan sokongan pada paras RM3,850 satu tan dan rintangan pada RM4,000 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Penyelidik kargo Societe Generale de Surveillance dilaporkan menjangkakan eksport produk minyak sawit Malaysia bagi Julai sebanyak 1.49 juta tan berbanding 1.20 juta tan yang dihantar pada Jun.

Sementara itu, sebuah lagi firma penyelidikan kargo, Intertek Testing Services menjelaskan eksport minyak sawit Malaysia bagi Julai meningkat 22.8 peratus kepada 1.60 juta tan daripada 1.30 juta tan pada Jun.

Pada penutupan dagangan, kontrak bagi Ogos 2024 turun RM12 kepada RM4,028 satu tan, September 2024 susut RM7 kepada RM3,948 satu tan dan Oktober 2024 kurang RM7 kepada RM3,908 satu tan.

Kontrak bagi serahan November 2024 pula susut RM8 kepada RM3,888 satu tan, Disember 2024 menguncup kepada RM3,879 satu tan dan Januari 2025 merosot RM13 kepada RM3,880 satu tan.

Jumlah dagangan berkurang kepada 64,423 lot daripada 74,613 lot Selasa, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 221,064 kontrak daripada 220,720 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Ogos Selatan turun RM10 kepada RM4,060 satu tan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan