PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

02/08/2024 09:39 PM

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin dan Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh harga olein sawit Dalian Commodity Exchange yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata jangkaan permintaan kukuh terhadap komoditi itu turut mempengaruhi sentimen pasaran tempatan.

“Kami melihat paras sokongan pada RM3,850 satu tan metrik dan paras rintangan pada RM4,000 satu tan metrik,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Penganalisis Kanan Fastmarkets Sathia Varqa berkata, niaga hadapan MSM mencatatkan keuntungan yang stabil bagi setengah hari kali kedua dengan harga meningkat sebanyak RM20 kepada RM40 apabila peluang belian murah muncul, di sebalik niaga hadapan olein sawit yang lebih tinggi di Bursa Dalian.

Bagaimanapun, beliau berkata prestasi ringgit lebih tinggi minggu ini menghadkan keuntungan dalam niaga hadapan MSM.

Pada penutupan dagangan, kontrak niaga hadapan MSM bagi serahan pada Ogos 2024 meningkat RM33 kepada RM4,021 setan metrik, September 2024 meokok RM46 kepada RM3,972 satu tan metrik dan Oktober 2024 menambah RM47 kepada RM3,917 setan metrik.

Kontrak November 2024 naik RM44 kepada RM3,881 satu tan metrik, Disember 2024 melonjak RM36 kepada RM3,859 setan metrik dan Januari 2025 meningkat RM32 kepada RM3,848 satu tan metrik.

Jumlah dagangan menambah kepada 99,595 lot daripada 123,789 lot ketika ditutup pada Khamis manakala kepentingan terbuka sebanyak 218,654 kontrak berbanding dengan 218,654 kontrak sebelum ini.

Harga MSM fizikal bagi Ogis Selatan naik RM20 kepada RM5,200 satu tan metrik.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan