PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Diniaga Dalam Aliran Menurun Minggu Depan

03/08/2024 10:23 AM

Oleh Danni Haizal Danial Donald dan Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan berikutan pengukuhan ringgit, kata seorang peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata sentimen pasaran juga dipengaruhi oleh kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran dalam beberapa minggu akan datang.

"Minggu depan, kami melihat harga mungkin diniagakan antara RM3,800 satu tan metrik dan RM3,950 setan metrik," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies Jim Teh berkata MSM akan didagangkan antara RM3,700 dan RM3,800 satu tan metrik.

"Dari segi saham, Lembaga Minyak Sawit Malaysia akan mengeluarkan statistik eksport dan kedudukan saham bagi Julai pada 12 Ogos.

“Permintaan fizikal akan datang dari China, India, Pakistan, negara Timur Tengah dan beberapa negara Eropah,” katanya.

Bagi dagangan baharu berakhir minggu ini, pasaran diniagakan kebanyakannya lebih rendah disebabkan oleh harga minyak kacang soya lebih lemah di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran dalam beberapa minggu akan datang serta ringgit lebih kukuh yang terus membebani harga minyak sawit.

Pada asas mingguan, kontrak Ogos 2024 ditutup rendah RM23 kepada RM4,021 satu tan metrik pada Jumaat, mankala September merosot RM3 kepada RM3,972 setan metrik, Oktober 2024 berkurangan RM25 kepada RM3,917 satu tan metrik, November 2024 turun RM46 kepada RM3,881 setan metrik, Disember 2024 jatuh RM66 kepada RM3,859 satu tan metrik dan Januari 2025 merosot RM85 kepada RM3,848 setan metrik.

Jumlah dagangan mingguan meningkat 435,999 lot daripada 286,779 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka naik kepada 218,654 kontrak daripada 218,561 kontrak sebelum ini.

Harga MSM fizikal bagi Ogos Selatan berkurangan RM10 kepada RM4,050 satu tan metrik daripada RM4,060 setan metrik pada minggu sebelumnya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan