PASARAN > BERITA

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup rendah

05/08/2024 07:16 PM

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.

Kontrak bulan semerta Ogos 2024 merosot 89.0 mata kepada 1,530.0, September 2024 menyusut 87.5 mata kepada 1,513.0, Disember 2024 turun 89.5 mata kepada 1,520.0 dan Mac 2025 berkurang 90 mata kepada 1,510.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 19,125 lot daripada 10,184 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka menokok kepada 63,439 kontrak daripada 53,986 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 74.57 mata atau 4.62 peratus kepada 1,536.48 daripada paras penutup 1,611.05 pada Jumaat minggu lepas.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan