PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Msm Ditutup Rendah

05/08/2024 09:29 PM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin, didorong oleh sentimen global yang lemah dan penjualan dalam pasaran ekuiti, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Ng juga berkata kebimbangan terhadap permintaan yang lemah berikutan pengukuhan ringgit sedang memberi tekanan kepada pasaran MSM.

"Kami melihat paras sokongan seterusnya pada RM3,700 dan paras rintangan sekitar RM3,870," katanya kepada Bernama.

Ia adalah paras terendah dalam tempoh lima bulan.

Pada penutup dagangan, kontrak Ogos 2024 jatuh RM91 kepada RM3,930 satu tan metrik, September 2024 dan Disember 2024 merosot RM121 masing-masing kepada RM3,851 dan RM3,738 setan metrik.

Oktober 2024 dan November 2024 berkurangan RM130, masing-masing kepada RM3,787 dan RM3,751 setan metrik manakala Januari 2024 jatuh RM112 kepada RM3,736 satu tan metrik.

Jumlah dagangan turun kepada 92,091 lot daripada 99,595 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka naik kepada 220,250 kontrak daripada 218,654 kontrak sebelum ni.

Harga MSM fizikal bagi Ogos Selatan menguncup RM60 kepada RM4,000 satu tan metrik.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan