PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

06/08/2024 08:03 PM

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki kadar asas pasaran tunai.

Kontrak bulan semerta Ogos 2024 naik 35.5 mata kepada 1,565.5, September 2024 meningkat 34.5 mata kepada 1,547.5 serta Disember 2024 dan Mac 2025, masing-masing melonjak 32.5 mata kepada 1,552.5 dan 1,542.5.

Jumlah dagangan naik kepada 23,306 lot daripada 19,125 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 68,127 kontrak daripada 63,439 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI melonjak 37.91 mata atau 2.46 peratus kepada paras tertinggi harian pada 1,574.39 daripada 1,536.48 semasa ditutup pada Isnin.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan