PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

07/08/2024 02:23 PM

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Aktiviti belian pada harga rendah selepas keadaan terlebih jual yang ketara terus meningkatkan indeks utama Bursa Malaysia untuk ditutup lebih tinggi pada sesi tengah hari ini, kata seorang peniaga.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 19.32 mata, atau 1.22 peratus kepada 1,593.71 daripada 1,574.39 ketika ditutup pada Selasa. 

FBM KLCI dibuka 1.73 mata lebih tinggi pada 1,576.12 dan bergerak antara 1,563.77 dan 1,596.60 pada sesi pagi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 905 kepada 281, manakala 351 kaunter tidak berubah, 880 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 3.15 bilion unit bernilai RM1.98 bilion.

Dalam satu nota, Malacca Securities Sdn Bhd berpendapat bahawa pasaran masih berdagang dengan berhati-hati, dan kenaikan harga mungkin terhad buat masa ini.

"Selain itu, kami memilih saham kewangan terpilih dalam fasa aliran menaik," katanya.

Malacca Securities berkata prestasi Hartalega yang bertambah baik boleh mendorong pembelian yang baik untuk industri sarung tangan, kerana ia mula memberi dividen kepada pemegang saham selepas dua tahun.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menokok dua sen kepada RM10.12, Public Bank naik tiga sen kepada RM4.23, Tenaga Nasional menokok 50 sen kepada RM14.14, CIMB naik 10 sen kepada RM7.30, dan IHH Healthcare menokok tiga sen kepada RM6.24.

Bagi saham cergas, Cape EMS meningkat 3.5 sen kepada 44 sen, MyEG naik 1.5 sen kepada 90 sen, MQ Technology menokok setengah sen kepada 1.5 sen, manakala Jiankun susut 1.5 sen kepada 6.5 sen, dan Saudee kekal tidak berubah pada dua sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 174.56 mata kepada 12,105.85, Indeks FBMT 100 menokok 161.80 mata kepada 11,758.78, Indeks FBM Emas Shariah naik 189.55 mata kepada 12,237.77, Indeks FBM 70 melonjak menokok  312.31 mata kepada 17,539.46, dan Indeks FBM ACE meningkat 121.52 mata kepada 5,182.38.

Dari segi sektor, Indeks Tenaga naik 22.25 mata kepada 906.06, Indeks Pembinaan meningkat 6.58 mata kepada 278.48, Indeks Utiliti melonjak 44.04 mata kepada 1,748.86, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 122.19 mata kepada 18,016.26 dan Indeks Perkhidmatan dan Produk Perindustrian meningkat 2.10 mata kepada 177.96.

 Sementara itu, Indeks Perladangan turun 31.0 mata kepada 7,044.44.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan