PASARAN > BERITA

Niaga hadapan FBM KLCI ditutup tinggi

07/08/2024 07:05 PM

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki prestasi kadar asas pasaran tunai.

Kontrak bulan semerta Ogos 2024 dan September 2024, masing-masing naik 26.5 mata kepada 1,592.0 dan 1,574.0, Disember 2024 meningkat 25.5 mata kepada 1,578.0 dan Mac 2025 melonjak  27.0 mata kepada 1,569.5.

Jumlah dagangan merosot kepada 15,459 lot daripada 23,306 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 54,809 kontrak daripada 68,127 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 17.48 mata atau 1.11 peratus kepada 1,591.87 daripada 1,574.39 semasa ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan