PASARAN > BERITA

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati

07/08/2024 07:28 PM

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Ringgit meneruskan aliran menurunnya, ditutup rendah berbanding dolar US hari ini apabila sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi global berterusan, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.4950/5010 berbanding dolar US daripada 4.4725/4770 semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat penyusutan nilai ringgit adalah penghindaran risiko kerana Indeks Dolar Amerika Syarikat (DXY) telah mengukuh.

“Peniaga memilih mata wang selamat terutamanya dolar US,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, kita tidak terkesan dengan kemerosotan baru-baru ini kerana kedudukan ringgit nampaknya berubah-ubah manakala Timbalan Gabenor Bank of Japan Shinichi Uchida dilihat akan menurunkan kadar faedah telah menyumbang kepada peningkatan dolar US,” katanya.

Di pasaran tempatan, Mohd Afzanizam berkata laporan aliran dana asing menunjukkan pelabur asing adalah pembeli bersih bon dan ekuiti pada Julai.

“Ini bermakna dana asing telah beralih kepada aset Malaysia dan mereka mungkin terus berbuat demikian berdasarkan prospek pertumbuhan yang lebih baik untuk sepanjang tahun ini,” katanya.

Pada penutupan, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding beberapa mata wang utama kecuali yen Jepun, ia meningkat kepada 3.0464/0509 daripada 3.0879/0914 ketika ditutup pada Selasa.

Unit tempatan merosot berbanding pound Britain kepada 5.7122/7199 daripada 5.6837/6894 semalam dan turun berbanding euro kepada 4.9054/9119 from 4.8799/8849 sebelum ini.

Pada masa sama, ringgit diniagkan rendah mata wang ASEAN.

Ia berkurangan berbanding dolar Singapura kepada 3.3853/3901 daripada 3.3694/3730 pada Selasa dan menguncup berbanding baht Thailand kepada 12.5999/6230 daripada 12.5848/6024 sebelumnya.

Ringgit turut merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 280.2/280.8 daripada 276.6/277.1 semalam dan jatuh berbanding peso Filipina kepada 7.81/7.83 daripada 7.73/7.75 sebelum ini.

-- BERNAMA



 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan