PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

07/08/2024 08:15 PM

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini meskipun prestasi kukuh niaga hadapan emas di COMEX.

Pada penutup dagangan, kontrak Ogos 2024 susut kepada US$2,402.20 setiap auns troy daripada paras penutup US$2,432.60 setiap auns troy pada Selasa.

Sementara itu, kontrak September 2024, Oktober 2024, November 2024, Disember 2024 dan Februari 2025 semuanya ditutup rendah kepada US$2,405.90 setiap auns troy daripada US$2,436.30 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan turun kepada 39 lot daripada 51 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 60 kontrak daripada 21 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$2,396.55 setiap auns troy mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 6 Ogos.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan