PASARAN > BERITA

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

08/08/2024 09:40 AM

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Ringgit tinggi berbanding dolar AS pagi ini berikutan pelabur kekal berhati-hati menjelang data tenaga kerja Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan hari ini, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4920/4990 berbanding dolar AS daripada 4.4950/5010 semalam. 

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama bahawa sentimen pasaran dijangka terkawal dengan peniaga memantau data berfrekuensi tinggi seperti Tuntutan Pengangguran Awal untuk mengukur langkah Rizab Persekutuan AS yang seterusnya.

“Indeks Dolar AS (DXY) naik 0.2 peratus kepada 103.179 mata pada Rabu manakala hasil nota Perbendaharaan AS dua tahun merosot satu mata asas kepada 3.96 peratus.

“Indeks ekuiti yang menjadi penanda aras turun, menunjukkan pasaran bimbang mengenai prospek masa depan kemelesetan di AS, yang dijangka mendorong Rizab Persekutuan (Fed) untuk menurunkan kadar faedah kepada paras yang lebih rendah,” katanya.

Oleh itu, katanya ringgit dijangka mengekalkan kecenderungan dalam jajaran kecil hari ini.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, merosot berbanding yen Jepun kepada 3.0704/0756 daripada 3.0464/0509 dan susut berbanding euro kepada 4.9084/9161 daripada 4.9054/9119 sebelum ini.

Bagaimanapun, ia naik berbanding pound kepada 5.6968/7056 daripada 5.7122/7199 pada Rabu.

Pada masa yang sama, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN. 

Ia berkurangan berbanding dolar Singapura kepada 3.3856/3911 daripada 3.3853/3901, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 280.0/280.7 daripada 280.2/280.8 dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.80/7.82 daripada 7.81/7.83 sebelum ini. 

Ringgit turut rendah berbanding baht Thailand kepada 12.6091/6380 daripada 12.5999/6230 pada Rabu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan