PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Imbangi Kejatuhan Awal, Catat Kenaikan Sedikit Pada Tengah Hari

08/08/2024 01:51 PM

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia mengimbangi kejatuhan awal untuk catat kenaikan sedikit pada sesi tengah hari di tengah-tengah urus niaga yang tidak menentu apabila pembelian diselangi dengan penjualan dalam saham-saham berwajaran tinggi.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.16 mata atau 0.01 peratus, kepada 1,592.03 daripada 1,591.87 ketika ditutup pada Rabu.

FBM KLCI dibuka 5.91 mata lebih rendah pada 1,585.96 dan bergerak antara 1,579.69 dan 1,592.89 semasa sesi pagi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 575 kepada 395, manakala 445 kaunter tidak berubah, 1,028 tidak diniagakan dan sembilan lagi digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.66 bilion unit bernilai RM1.52 bilion.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, walaupun pasaran kekal bimbang terhadap insiden meminjam yen dengan kadar faedah rendah dan dilabur dalam aset yang menjana pulangan, minat belian dijangka meningkat memandangkan kenyataan daripada Bank of Japan yang kurang agresif.

"Walaupun prestasi Wall Street semalaman yang negatif, kami percaya tempoh pembelian oleh pembeli institusi adalah semakin dekat jika terdapat tekanan jualan lagi di peringkat tempatan," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Ia berkata saham-saham dalam sektor pembinaan, hartanah, dan teknologi mendapat manfaat daripada tema pusat data yang makin berkembang di tengah-tengah keadaan terlebih jual.

"Selain itu, kami menggemari sektor kewangan kerana ia menyediakan hasil dividen yang baik pada fasa jualan semasa.

"Mendepani persekitaran ringgit yang lebih kukuh, kami juga memilih sektor pengguna," tambahnya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional masing-masing kekal tidak berubah pada RM10.14 dan RM13.94, Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing susut satu sen kepada RM4.23 dan RM5.14, manakala CelcomDigi menokok tiga sen kepada RM3.68.

Bagi saham aktif, Cape EMS meningkat 5.5 sen kepada 49 sen, Sealink naik satu sen kepada 37 sen, Saudee dan Hubline masing-masing kekal tidak berubah pada dua sen dan 37 sen, manakala Ekovest susut 1.5 sen kepada 39.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 7.10 mata kepada 12,094.60, Indeks FBMT 100 turun 5.23 mata kepada 11,745.57, Indeks FBM ACE berkurang 5.89 mata kepada 5,211.58, Indeks FBM 70 jatuh 31.61 mata kepada 17,516.75, manakala Indeks FBM Emas Shariah meningkat 0.14 mata kepada 12,214.85.

Dari segi sektor, Indeks Tenaga naik 1.41 mata kepada 913.00, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.82 mata kepada 178.76, Indeks Pembinaan turun 3.97 mata kepada 276.10, Indeks Utiliti susut 2.27 mata kepada 1,755.87, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 26.25 mata kepada 18,034.56 dan Indeks Perladangan jatuh 12.46 mata kepada 7,037.05.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan