PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Disokong Minyak Kacang Soya Yang Kukuh

09/08/2024 10:40 PM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives kekal ditutup tinggi pada Jumaat, menjejaki kekukuhan di pasaran minyak kacang soya, kata peniaga minyak sawit David Ng.

“Kami mendapati paras sokongan pada RM3,700 satu tan dan rintangan pada RM3,850 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Ketua Penyelidikan Komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani berkata niaga hadapan MSM ditutup tinggi susulan peningkatan semula yang dicatatkan pasaran minyak soya, minyak biji sawi dan tenaga dalam tempoh semalaman.

Beliau berkata prestasi itu turut didorong pemulihan kukuh berterusan di niaga hadapan minyak minyak sayuran China semasa waktu dagangan Asia.

“Pembelian konsisten oleh India juga menyokong pasaran minyak sawit,” katanya.

Pada penutupan dagangan, kontrak bulan semasa Ogos 2024 meningkat RM24 kepada RM3,831 satu tan, September 2024 menokok RM33 kepada RM3,803 satu tan dan Oktober 2024 naik RM42 kepada RM3,746 satu tan.

Kontrak November 2024 melonjak RM41 kepada RM3,723 satu tan, Disember 2024 menambah RM37 kepada RM3,717 satu tan, dan Januari 2025 meningkat RM40 kepada RM3,726 satu tan.

Jumlah dagangan berkurang kepada 58,890 daripada 76,438 lot Khamis, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 278,122 kontrak daripada 222,812 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Ogos Selatan menokok RM40 kepada RM3,900 satu tan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan