PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Dijangka Didagangkan Pada Kecenderungan Menurun Minggu Depan

10/08/2024 10:31 AM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan pada kecenderungan menurun minggu depan, dan harga mungkin dalam julat RM3,650 hingga RM3,850 satu tan, kata peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng memberitahu Bernama, jangkaan itu dipengaruhi oleh kebimbangan mengenai peningkatan pengeluaran serta kadar eksport yang lembap.

Inventori minyak sawit di Malaysia dilaporkan mungkin susut bagi Julai, untuk kali pertama selepas meningkat selama tiga bulan berturut-turut.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dijadual mengeluarkan laporan mengenai paras stok dan prestasi eksport bagi Julai pada Isnin ini.

Sementara itu, Peniaga Minyak Sawit Kanan Interband Group of Companies Jim Teh menjangkakan pasaran mengalami turun naik berulang, mencatatkan dagangan di antara RM3,600 dengan RM3,700 satu tan sebelum laporan MPOB dikeluarkan.

Beliau berkata permintaan fizikal dari China, India, Pakistan, Timur Tengah, negara-negara Kesatuan Eropah, dan Amerika Syarikat kekal stabil.

Berasaskan mingguan, kontrak bagi serahan Ogos 2024 ditutup rendah apabila merosot RM190 kepada RM3,831 satu tan pada Jumaat, manakala September turun RM169 kepada RM3,803 satu tan.

Oktober 2024 menguncup RM171 kepada RM3,746 satu tan, November 2024 kurang RM158 kepada RM3,723 satu tan, Disember 2024 susut RM142 kepada RM3,717 satu tan, dan Januari 2025 turun RM122 kepada RM3,726 satu tan.

Jumlah dagangan berkurang kepada 427,161 lot daripada 435,999 pada minggu lepas, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 278,122 kontrak daripada 218,654 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Ogos Selatan turun RM150 kepada RM3,900 satu tan pada Jumaat daripada RM4,050 pada akhir dagangan minggu lepas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan