PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Hadapan

10/08/2024 10:17 AM

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan berhati-hati pada minggu hadapan seiring dengan prestasi pasaran tunai.

Pengarah urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata pihaknya menjangkakan pasaran global termasuk bursa tempatan akan sangat sensitif terhadap keadaan ekonomi di Amerika Syarikat (AS) dan mungkin melebihi daripada data tempatan.

"Jadi, walaupun ujian paras 1,600 pada FBM KLCI mungkin berada dalam jangkaan, saya percaya pasaran mungkin akan beralih kepada mod tunggu dan lihat, mengambil isyarat daripada trend global terutamanya dari AS," katanya kepada Bernama.

Innes berkata semua pihak akan tertumpu kepada sama ada Rizab Persekutuan akan campur tangan untuk menyelamatkan ekonomi jika ia merosot, mungkin dengan pemotongan kadar sebanyak 50 mata asas.

Bagi minggu dagangan yang baru berakhir, kontrak bulan semasa Ogos 2024 menurun 25.5 mata kepada 1,593.5, September 2024 turun sedikit sebanyak 25.0 mata kepada 1,575.5, Disember 2024 melemah 28.5 mata kepada 1,581.0, dan Mac 2025 susut 3.3 mata kepada 1,567.0.

Pada minggu itu, jumlah dagangan menurun kepada 76,617 lot daripada 156,743 lot pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka jatuh kepada 48,975 kontrak daripada 53,986 kontrak.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, FBM KLCI susut 15.0 mata kepada 1,596.05 daripada 1,611.05 minggu lepas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan