PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

12/08/2024 07:25 PM

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki prestasi asas pasaran tunai.

Kontrak Ogos 2024 meningkat 15.0 mata kepada 1,609.50, September 2024 dan Disember 2024 masing-masing naik 15.0 mata kepada 1,590.50 dan 1,596.00, dan Mac 2025 menambah 14.0 mata kepada 1,581.00.

Jumlah dagangan menyusut kepada 8,202 lot daripada 9,373 Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 47,665 kontrak daripada 48,975 sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 10.61 mata kepada 1,606.66 daripada 1,596.05 Jumaat lepas.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan