PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah, Menjejaki Harga Minyak Soya

13/08/2024 09:46 PM

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, menjejaki penurunan harga minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata peniaga minyak sawit David Ng.

Kebimbangan berterusan berkaitan prestasi eksport yang lemah turut mempengaruhi harga MSM.

“Kami melihat sokongan pada RM3,600 satu tan, tahap yang mana minat belian dijangka muncul, berpotensi menghentikan penurunan selanjutnya dan menyediakan asas untuk pasaran.

“Sebaliknya, rintangan berada pada RM3,850 satu tan, tahap berkemungkinan menyaksikan tekanan jualan dijangka meningkat, berpotensi mengehadkan keuntungan dan menjadi penghalang bagi kenaikan harga selanjutnya,” katanya lagi.

Pada penutupan, kontrak bulan semerta Ogos 2024 menokok  RM10 kepada RM3,840 satu tan, September 2024 susut RM19 kepada RM3,760 satu tan dan Oktober 2024 jatuh RM18 kepada RM3,690 satu tan.

November 2024 menurun sebanyak RM14 kepada RM3,662 satu tan, Disember 2024 adalah RM12 lebih rendah kepada RM3,657 satu tan dan Januari 2025 melemah RM16 kepada RM3,665 satu tan.

Jumlah dagangan menokok kepada 55,188 lot berbanding 53,784 lot yang disaksikan semalam, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 222,205 kontrak daripada 222,038 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Ogos Selatan adalah RM20 lebih tinggi pada RM3,900 satu tan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan