PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Ambil Petunjuk Positif Wall Street

14/08/2024 10:53 AM

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, mengambil petunjuk daripada trend meningkat prestasi Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.

Pada 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.47 mata kepada 1,609.99 daripada 1,609.52 semasa ditutup pada Selasa.

Indeks itu dibuka mengukuh 2.27 mata kepada 1,611.79.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 386 berbanding 73, dengan 216 kaunter tidak berubah, 1,793 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan berjumlah 159.92 juta unit bernilai RM87.60 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng memberitahu Bernama, prestasi Wall Street meningkat berikutan sentimen yang dirangsang oleh data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) yang baik.

Justeru, katanya ini menggambarkan angka Indeks Harga Pengguna (IHP) yang akan dikeluarkan lewat hari ini adalah lebih rendah.

Beliau berkata, IHP yang lebih rendah akan menandakan penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) pada September.

Di dalam negara, beliau berkata, Rakuten Trade mengunjurkan aktiviti perdagangan semakin baik berikutan aliran meningkat di Wall Street sekali gus menjangka indeks petunjuk pasaran bergerak dalam julat 1,610 dan 1,620 hari ini.

Antara saham wajaran tinggi di Bursa Malaysia menyaksikan YTL Power International, Tenaga Nasional dan Sunway masing-masing menokok 6.0 sen kepada RM4.42, RM13.96 dan RM4.25.

YTL Corporation menambah 2.0 sen kepada RM3.37 manakala Sime Darby dan Genting masing-masing meningkat 3.0 sen kepada RM2.58 dan RM4.41.

Bagi kaunter paling aktif, Cape EMS menambah 1.5 sen kepada 47 sen, Dataprep dan Nova MSC masing-masing naik setengah sen kepada 22 sen dan 23 sen, Velesto tidak berubah pada 20.5 sen dan Malayan United Industries susut setengah sen kepada 9.0 sen.

Kaunter paling untung seperti Malaysia Pacific Industries menokok 64 sen kepada RM37.20, KESM menambah 35 sen kepada RM6.29 dan United Plantations naik 28 sen kepada RM25.68.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 30.14 mata kepada 12,274.89, Indeks FBMT 100 naik 22.93 mata kepada 11,907.03, dan Indeks FBM 70 melonjak 105.97 mata kepada 17.864.

Indeks FBM ACE naik 35.39 mata kepada 5,424.12 dan Indeks FBM Emas Syariah menokok 41.65 mata kepada 12,414.71.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 7.02 mata kepada 18,205.61, Indeks Tenaga menambah 4.46 mata kepada 928.34, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.91 mata kepada 182.43, Indeks Perladangan susut 7.26 mata kepada 7,118.62, dan Indeks Teknologi menokok 0.86 mata kepada 72.05.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan