PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Fbm Klci Meningkat Dalam Dagangan Awal

14/08/2024 11:25 AM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat pagi ini, menjejaki kenaikan prestasi asas pasaran tunai.

Pada 9.16 pagi, kontrak Ogos 2024 meningkat 7.5 mata kepada 1,618.50 manakala September 2024 menambah 4.0 mata kepada 1,597.50.

Kontrak Disember 2024 naik 5.0 mata kepada 1,603.00 dan kontrak Mac 2024 menambah 5.5 mata kepada 1,589.00.

Jumlah dagangan sebanyak 1,222 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 41,274 kontrak.

Pada 9.37 pagi, indeks FBM KLCI menokok 2.80 mata kepada 1,612.45, berbanding 1,609.52 semasa ditutup pada Selasa.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan