PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Rendah Semasa Akhiri Dagangan Sesi Pagi

14/08/2024 01:39 PM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri dagangan sesi pagi pada Rabu, apabila pengambilan untung ke atas saham wajaran tinggi terpilih berterusan.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.14 peratus atau 2.31 mata kepada 1,607.21 daripada 1,609.52 ketika ditutup pada Selasa.

Indeks utama itu dibuka 2.27 mata lebih tinggi kepada 1,611.79 sebelum bergerak di antara 1,606.49 dengan 1,612.63 sepanjang sesi itu.

Bagaimanapun, lingkungan pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 466 berbanding 409, manakala 488 kaunter tidak berubah, 1,105 kaunter tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 2.14 bilion unit bernilai RM1.17 bilion.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd apabila sentimen di Amerika Syarikat (AS) berubah menjadi positif, minat belian mungkin tempias ke pasaran saham tempatan.

Pelabur juga akan memantau data ekonomi utama termasuk Indeks Harga Pengguna AS lewat malam ini, serta indeks jualan runcit dan pembuatan AS minggu ini, tambahnya dalam nota penyelidikan pada Rabu.

Firma pembrokeran itu menjelaskan daripada perspektif teknikal, indeks penanda aras dijangka mencecah paras rintangan pada sekitar 1,614 hingga 1,629 manakala sokongan di antara 1,589 dengan 1,594.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM10.20, Public Bank susut 4.0 sen kepada RM4.22, Tenaga dan CIMB masing-masing turun 2.0 sen kepada RM13.88 dan RM7.40 manakala IHH Healthcare meningkat 2.0 sen kepada RM6.30.

Bagi kaunter paling aktif, Cape EMS naik 1.0 sen kepada 46.5 sen, MYEG dan Saudee masing-masing menokok setengah sen kepada 91 sen dan 2.0 sen, Oversea Enterprise tidak berubah pada 5.5 sen, manakala Hubline kurang setengah sen kepada 8.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 0.43 mata kepada 12,244.31, Indeks FBMT 100 turun 2.64 mata kepada 11,881.46 dan Indeks FBM ACE kurang 13.72 mata kepada 5,374.01.

Sementara itu, Indeks FBM 70 meningkat 49.14 mata kepada 17,807.73 dan Indeks FBM Emas Syariah naik 5.13 mata kepada 12,378.19.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga menokok 1.0 mata kepada 924.88, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.59 mata kepada 182.11 dan Indeks Teknologi naik 0.16 mata kepada 71.35, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 27.80 mata kepada 18,184.83 dan Indeks Perladangan kurang 5.05 mata kepada 7,120.83.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan