PASARAN > BERITA

Niaga hadapan emas ditutup tinggi

14/08/2024 09:40 PM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas data terkini indeks harga pengeluar (IHPP) Amerika Syarikat (AS) menunjukkan inflasi yang lebih rendah.

PPI tahunan lebih rendah daripada jangkaan iaitu 2.2 peratus pada Julai berbanding anggaran konsensus sebanyak 2.3 peratus dan 2.7 peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya, menandakan Rizab Persekutuan AS (Fed) berada di landasan untuk mengurangkan kadar faedah pada September.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2024 meningkat kepada US$2,485.90 setiap auns troy daripada paras penutup semalam pada US$2,468.90 setiap auns troy.

Manakala September 2024, Oktober 2024, November 2024, Disember 2024 dan Februari 2025 semuanya ditutup tinggi pada US$2,489.60 setiap auns troy daripada US$2,472.60 setiap auns troy sebelumnya. 

Bagaimanapun, jumlah dagangan melonjak kepada 48 lot daripada 24 lot semalam manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 60 kontrak daripada 33 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$2,471.55 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 13 Ogos 2024.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan