PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

14/08/2024 09:40 PM

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu, disebabkan kenaikan harga minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) yang meningkatkan sentimen pasaran tempatan, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Ng berkata walaupun harga niaga hadapan MSM pada mulanya mengalami kerugian pada awal dagangan, ia akhirnya berakhir dengan positif.

"Kenaikan ini boleh dikaitkan dengan paras harga yang lebih rendah baru-baru ini, ia telah mencetuskan minat belian, disokong oleh jangkaan permintaan mampan pada masa hadapan," katanya kepada Bernama.

Justeru, Ng berkata beliau mengesan paras sokongan pada RM3,650 manakala paras rintangan sekitar RM3,850.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2024 naik RM50 kepada RM3,890 satu tan metrik, September 2024 melonjak RM58 kepada RM3,818 setan metrik dan Oktober 2024 menambah RM33 kepad RM3,723 satu tan metrik.

Kontrak November 2024 naik RM19 kepada RM3,681 satu tan metrik, Disember 2024 meningkat RM9 kepada RM3,666 setan metrik dan Januari 2025 menokok RM1 kepada RM3,666 satu tan metrik.

Jumlah dagangan naik kepada 80,359 lot daripada 55,188 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 224,541 kontrak daripada 222,205 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Ogos Selatan kekal tidak berubah pada RM3,900 satu tan metrik.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan