PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

26/08/2024 03:06 PM

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini didorong oleh belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui oleh kaunter utiliti dan pengguna.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.30 mata kepada 1,638.04 daripada 1,635.74 pada Jumaat lepas. 

Indeks dibuka tinggi 4.08 mata kepada 1,639.82 dan bergerak antara 1,634.72 dan 1,643.95 pada sesi pagi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, bagaimanapun, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 481 berbanding 415, dengan 431 kaunter kekal tidak berubah, 1,198 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.71 bilion unit bernilai RM1.17 bilion.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pihaknya menjangka terdapat sokongan belian dalam pasaran tempatan berikutan Wall Street yang ditutup positif pada Jumaat lepas.

“Kami memberi keutamaan kepada sektor minyak dan gas berdasarkan harga minyak mentah yang meningkat semula. Sektor pengguna, penerbangan, pembinaan, bahan binaan dan automotif akan turut mendapat manfaat dalam persekitaran ringgit yang kukuh,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Menurut Hong Leong Investment Bank Bhd dalam nota penyelidikan berasingan, peningkatan semula FBM KLCI yang berterusan masih berpotensi untuk mencapai paras 1,660, diikuti 1,680 dan 1,700.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 10 sen kepada RM10.54 dan Tenaga melonjak 28 sen kepada RM14.

Public Bank susut satu sen kepada RM4.52, CIMB merosot enam sen kepada RM7.83 dan IHH berkurangan dua sen kepada RM6.31.

Bagi saham aktif, Elridge naik 4.5 sen kepada 45 sen, Cape dan MYEG, masing-masing meningkat setengah sen kepada 38.5 sen dan 89.5 sen serta WCT menambah 11.5 sen kepada RM1.07.

Genetec merosot lima sen kepada RM1.14.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 16.89 mata kepada 12,350.70, Indeks FBMT 100 meningkat 16.35 mata kepada 12,029.80 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 34.52 mata kepada 12,296.57.

Indeks FBM 70 naik 22.12 mata kepada 17,736.55 manakala Indeks FBM ACE merosot 16.97 mata kepada 5,198.72.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan berkurangan 3.36 mata kepada 7,196.81 manakala Indeks Tenaga naik 8.36 mata kepada 929.89, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.71 mata kepada 182.31 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 2.36 mata kepada 19,023.02. 

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan