PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

26/08/2024 09:00 PM

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin. 

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2024 meningkat kepada US$2,526.40 setiap auns troy daripada US$2,520.00 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas manakala September 2024 melonjak kepada US$2,530.10 setiap auns troy daripada US$2,523.70 setiap auns troy sebelumnya.

Sementara itu, kontrak pada Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, dan Februari 2025 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,532.40 setiap auns troy daripada US$2,526.00 setiap auns troy sebelumnya.

Jumlah dagangan menyusut kepada 13 lot daripada 19 lot sewaktu ditutup pada Jumaat minggu lepas manakala kepentingan terbuka  berkurang 55 kontrak daripada 58 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$2,511.20 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 23 Ogos, 2024. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan