PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Walaupun Wall Street Catat Prestasi Bercampur-campur

27/08/2024 10:37 AM

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pada Selasa walaupun Wall Street mencatatkan prestasi bercampur-campur dalam tempoh semalaman, ekoran kemungkinan pelabur beralih daripada saham teknologi menjelang pengurangan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) bulan depan.

Pada pukul 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.99 mata kepada 1,640.95 daripada 1,638.96 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks itu dibuka 0.20 mata lebih tinggi kepada 1,639.16.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 156 berbanding 152, manakala 222 kaunter tidak berubah, 1,996 kaunter tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mencecah 95.39 juta unit bernilai RM59.48 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata dagangan di bursa tempatan kekal hambar walaupun FBM KLCI ditutup positif pada hampir paras 1,640 semalam.

“Pembelian saham mewah berterusan dengan aliran masuk dana asing, mungkin memanfaatkan kenaikan nilai ringgit yang telah meningkat kepada hampir paras tertinggi dalam tempoh dua tahun pada RM4.35 berbanding dolar AS.

“Oleh itu, kami menjangkakan indeks berlegar dalam julat 1,635 hingga 1,645 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Thong berkata konflik yang semakin buruk di Timur Tengah mendorong harga minyak mentah meningkat, dengan minyak mentah Brent melonjak melebihi US$81 setong.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank, Public Bank, CIMB dan IHH masing-masing tidak berubah pada RM10.54, RM4.51, RM7.89 dan RM6.31 manakala Tenaga meningkat empat sen kepada RM13.96.

Kalangan kaunter paling aktif, Velesto naik setengah sen kepada 22 sen, Elridge menambah 1.5 sen kepada 46.5 sen, MMAG meningkat satu sen kepada 33 sen dan PBA melonjak 32 sen kepada RM2.12 sementara itu,  Top Glove turun satu sen kepada 95 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 16.50 mata kepada 12,368.81, Indeks FBMT 100 naik 15.32 mata kepada 12,047.84 dan Indeks FBM Emas Syariah menambah 21.50 mata kepada 12,314.11.

Indeks FBM 70 menokok 25.22 mata kepada 17,750.80 dan Indeks FBM ACE naik 21.93 mata kepada 5,229.10.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan meningkat 21.33 mata kepada 7,243.71, Indeks Tenaga naik 10.84 mata kepada 946.28, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri menokok 0.09 mata kepada 182.98, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 3.43 mata kepada 19,044.30.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan