PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Meningkat 0.71 Peratus Pada Sesi Dagangan Tengah Hari

27/08/2024 02:23 PM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia meningkat sebanyak 0.71 peratus pada sesi dagangan tengah hari, disokong oleh saham wajaran tinggi dalam perbankan dan telekomunikasi.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 11.71 mata kepada 1,650.67 daripada 1,638.96 ketika ditutup pada Isnin.

Malayan Banking Bhd (Maybank), Public Bank Bhd, CelcomDigi Bhd dan Maxis Bhd menambah gabungan 10.26 mata, menyumbang kepada peningkatan indeks komposit tersebut.

FBM KLCI dibuka tinggi 0.20 mata kepada 1,639.16, bergerak antara 1,639.16 dan 1,653.12 pada sesi dagangan pagi.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 514 kepada 409 manakala 431 kaunter tidak berubah, 1,172 tidak diniagakan dan 25 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan sebanyak 1.71 bilion unit bernilai RM1.35 bilion.

Di peringkat serantau, Indeks Straits Times Singapura susut 0.29 peratus kepada 3,386.06, Hang Seng Hong Kong merosot 0.27 peratus kepada 17,750.32 dan Kospi Korea Selatan turun 0.39 peratus kepada 2,687.58.

Bagaimanapun, Nikkei Jepun meningkat 0.30 peratus kepada 38,150.00.

Malacca Securities Sdn Bhd hari ini berkata aktiviti dagangan tempatan adalah positif dengan kebanyakan subindeks meningkat.

“Walaupun pendirian Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) cenderung untuk menurunkan kadar faedah pada Simposium Jackson Hole baru-baru ini, sentimen di Wall Street bercampur-campur dengan aktiviti pengambilan untung dicatat dalam sektor teknologi.

"Dalam pasaran komoditi, minyak mentah Brent meneruskan peningkatannya, naik melebihi US$81 setong dalam persekitaran ketegangan geopolitik dan jangkaan bahawa kadar faedah AS yang lebih rendah akan meningkatkan aktiviti ekonomi," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB dan Press Metal masing-masing naik enam sen kepada RM7.95 dan RM5.27, Petronas Chemicals melonjak sembilan sen kepada RM5.82 dan Hong Leong Bank menambah empat sen kepada RM20.14.

Tenaga Nasional merosot dua sen kepada RM13.90 dan IHH susut satu sen kepada RM6.30.

Bagi saham aktif, Velesto melonjak 0.5 sen kepada 22 sen, Elridge menambah 2.5 sen kepada 47.5 sen manakala Cape EMS merosot 0.5 sen kepada 38 sen dan Notion jatuh empat sen kepada  RM1.04.

MYEG kekal tidak berubah pada 90 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 76.90 mata kepada 12,429.21, Indeks FBMT 100 menambah 84.44 mata kepada 12,116.96, Indeks FBM Emas Shariah menokok 45.22.72 mata kepada 12,337.83, Indeks FBM 70 meningkat 118.80 mata kepada 17,844.38, dan Indeks FBM ACE susut 22.71 mata kepada 5,184.46.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan berkurangan 6.27 mata kepada 7,216.11, Indeks Tenaga naik 11.81 kepada 947.31, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian melonjak 0.24 mata kepada 183.13 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 219.55 kepada 19,260.42.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan