PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

27/08/2024 08:04 PM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan momentum positif di pasaran tunai.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2024 dan September 2024 meningkat 7.0 mata masing-masing kepada 1,654.0 dan 1,634.0 manakala Disember 2024 dan Mac 2025 menokok 6.5 mata masing-masing kepada 1,639.5 dan 1,626.0.

Jumlah dagangan melonjak kepada 50,741 lot daripada 26,074 lot sewaktu ditutup pada Isnin manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 97,775 kontrak daripada 69,308 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI berkembang 13.33 mata kepada 1,652.29 daripada paras penutup 1,638.96 pada Isnin.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan