PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

27/08/2024 09:39 PM

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Selasa. 

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Ogos 2024 menyusut kepada US$2,512.80 setiap auns troy daripada paras penutup US$2,526.40 pada Isnin manakala September 2024 berkurang kepada US$2,516.50 setiap auns troy daripada US$2,530.10.

Kontrak Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, dan Februari 2025 semuanya ditutup rendah kepada US$2,518.80 setiap auns troy daripada US$2,532.40.

Jumlah dagangan merosot kepada sembilan lot daripada 13 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 51 kontrak daripada 55 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$2,511.20 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 23 Ogos, 2024. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan