BERITA TERGEMPAR   Hong Leong Bank remains watchful on the US monetary policy stance, targeting 1.85 pct - 1.95 pct NIM growth in FY2025 - CEO Kevin Lam | 
 PASARAN > BERITA

Saham KL Susut Pada Tengah Hari Diasak Aktiviti Ambil Untung Kaunter Kewangan, Teknologi

29/08/2024 02:14 PM

KULA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah ketika mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis susulan aktiviti pengambilan untung membabitkan sektor perkhidmatan kewangan dan teknologi yang turut memaparkan aliran serantau.

Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.77 mata kepada 1,667.47 daripada paras 1,675.24 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka susut 2.29 mata kepada 1,672.95 dan bergerak dalam julat 1,664.85 hingga 1,684.68 sepanjang sesi dagangan itu.

Pasaran meluas menyaksikan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 759 berbanding 295 manakala 435 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,029 tidak diniagakan dan 108 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 2.17 bilion unit bernilai RM1.85 bilion.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan tekanan aktiviti penjualan berkemungkinan membabitkan saham-saham teknologi tempatan susulan tempias penurunan NVidia Co, terutamanya di tengah-tengah pengukuhan runggit.

“Dana asing pula dijangka terus menumpukan saham-saham wajaran tinggi dan perbankan dalam masa terdekat ini.

“Pengukuhan ringgit dijangka dapat menyuntik manfaat terhadap sektor pengguna, sebagaimana dibuktikan oleh prestasi pendapatan Farm Fresh Bhd yang positif,” katanya dalam nota penyelidikannya hari ini.

“Dana asing dijangka terus menumpukan saham-saham wajaran tinggi dan perbankan dalam masa terdekat ini.

Pasaran serantau diselubungi sentimen penjualan saham susulan kelemahan prestasi semalaman Wall Street yang menyaksikan Hang Seng Hong Kong susut 0.73 peratus kepada  17,563.04; Nikkei Jepun turun 0.01 peratus kepada 38,369.13 dan Kospi Korea Selatan menguncup 0.92 peratus kepada 2,665.12.

Indeks Straits Times Singapura sebaliknya menokok 0.34 peratus kepada 3,402.53.

Dalam pada itu, MPI muncul kaunter paling rugi dengan harga sahamnya merosot RM2.18 atau 7.10 peratus kepada RM28.50 manakala CIMB turun 25 sen kepada RM8.13.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga masing-masing meraih dua sen kepada RM10.88 dan RM14.02.

Public Bank rugi dua sen kepada RM4.78, IHH berkurangan satu sen kepada RM6.30 dan Petronas Chemicals susut 20 sen kepada RM5.89.

Saham aktif menyaksikan Key Alliance tidak berubah pada setengah sen, Cape dan Luster naik setengah sen masing-masing pada 34.5 sen dan tujuh sen, Bumi Armada turun 3.5 sen kepada 50 sen manakala SP Setia kehilangan empat sen kepada RM1.04.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas berkurangan 92.42 mata kepada 12,378.17, Indeks FBMT 100 turun sebanyak 85.25 mata kepada 12,088.81 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 87.44 mata kepada 12,146.44.

Indeks FBM 70 merosot 230.13 mata kepada 17,240.55 manakala Indeks FBM ACE turun 76.66 mata kepada 5,042.97.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perladangan naik 14.80 mata kepada 7,308.55 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 116.53 mata kepada 19,708.40. 

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 2.18 mata kepada 180.01 manakala Indeks Tenaga berkurangan 15.04 mata kepada 909.57.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan