PASARAN > BERITA

Belian Ketara Pacu Bursa Malaysia Kekal Meningkat Pada Tengah Hari

30/08/2024 02:00 PM

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya pada tengah hari Jumaat seiring dengan prestasi pasaran serantau, dipacu oleh belian ketara dalam kaunter teknologi, pengguna serta utiliti.

Pada 12.30 tengah hari, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 5.06 mata atau 0.30 peratus kepada 1,658.61 daripada 1,653.55 pada akhir dagangan semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka menokok 4.93 mata kepada 1,658.48 dan bergerak dalam julat 1,651.10 hingga 1,664.80 pada sesi dagangan pagi.

Pasaran meluas adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 592 berbanding 0436 manakala 401 kaunter lain tidak berubah, sebanyak 1,061 tidak diniagakan dan 80 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 2.01 bilion unit bernilai RM1.70 bilion.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata nilai ringgit yang kukuh turut memberi manfaat kepada sektor pengguna, sepertimana dibuktikan oleh prestasi Farm Fresh Bhd dan Spritzer Bhd yang lebih baik dalam pelaporan pendapatan bagi suku semasa.

“Saham hartanah, pembinaan dan minyak dan gas tertentu juga menunjukkan pertumbuhan.

“Dalam pasaran komoditi, minyak mentah Brent meningkat semula selepas susut selama dua hari, didorong oleh penggantungan eksport dari Libya manakala harga emas kekal melebihi US$2,500 yang hanya membuktikan lagi potensi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengurangkan kadar faedah menjelang September," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Firma penyelidikan itu berkata pelabur juga memberi perhatian kepada data perbelanjaan penggunaan peribadi teras AS, ukuran inflasi pihak Fed yang akan diumumkan pada lewat malam ini.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank susut lapan sen kepada RM10.60 manakala Petronas Chemicals susut dua sen kepada RM5.76.

Public Bank naik dua sen kepada RM4.72, CIMB meningkat 12 sen kepada RM8.12 dan Tenaga melonjak 44 sen kepada RM14.38 namun IHH tidak berubah pada RM6.29.

Saham aktif menyaksikan Velesto dan Luster tidak berubah masing-masing pada 21 sen dan tujuh sen, Barakah meraih satu sen kepada lapan sen, Notion dan MYEG naik setengah sen kepada 94 sen dan 89.5 sen manakala Cape menokok 2.5 sen kepada 37 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas menambah 55.81 mata kepada 12,356.01, Indeks FBMT 100 menokok 49.59 mata kepada 12,055.46 dan Indeks FBM Emas Shariah meraih 60.71 mata kepada 12,184.68.

Indeks FBM 70 melonjak 119.21 mata kepada 17,309.08 manakala Indeks FBM ACE naik 25.06 mata kepada 5,106.14.

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Perladangan berkurangan 38.05 mata kepada 7,248.99 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 0.01 mata kepada 19,475.59. 

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.56 mata kepada 179.90 namun Indeks Perladangan naik 9.97 mata kepada 923.43.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan