PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Diunjur Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan

31/08/2024 10:24 AM

KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam dagangan berhati-hati minggu depan, kata peniaga.

Beliau berkata penggiat pasaran akan memantau laporan senarai gaji bukan ladang (NFP) bagi September, yang dijangka dikeluarkan pada 6 September.

Menurutnya susulan laporan NFP yang akan dikeluarkan, pelabur dapat menjangka tahap penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat yang akan datang.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, kontrak bulan semerta Ogos 2024 meningkat kepada US$2,524.20 setiap auns troy daripada US$2,520.00 setiap auns troy pada minggu sebelumnya manakala September 2024 naik kepada US$2,546.50 setiap auns troy daripada US$2,523.70 setiap auns troy sebelum ini.

Sementara itu, kontrak Oktober 2024, November 2024, Disember 2024 dan Februari 2025 masing-masing meningkat kepada US$2,548.80 setiap auns troy daripada US$2,526.00 setiap auns troy sebelum ini.

Jumlah dagangan meningkat kepada 73 lot daripada 67 lot minggu lepas manakala kepentingan terbuka susut kepada 37 kontrak daripada 58 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal pada US$2,518.10 setiap auns troy mengikut penetapan tengah hari Persatuan Pasaran Jongkong London pada 29 Ogos 2024.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan