PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

02/09/2024 07:41 PM

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2024 susut 8.5 mata kepada 1,663.0, Oktober 2024 yang baru diperkenalkan berada pada 1,666.0 manakala Disember 2024 merosot 8.0 mata kepada 1,669.5 dan Mac 2025 berkurang sebanyak 6.0 mata kepada 1,656.5.

Jumlah dagangan menyusut kepada 6,676 lot daripada19,698 sewaktu ditutup pada Jumaat manakala kepentingan terbuka menguncup kepada 47,528 kontrak daripada 65,635 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 0.61 mata kepada 1,678.19 daripada paras penutup 1,678.80 pada Jumaat.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan