PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

02/09/2024 09:06 PM

KUALA LUMPUR, 2 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin susulan permintaan yang lemah.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2024 merosot kepada US$2,516.30 setiap auns troy daripada paras penutup US$2,546.50 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas.  

Sementara itu, kontrak Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari 2025 dan April 2025 semuanya ditutup rendah kepada US$2,518.60 setiap auns troy daripada US$2,548.80 setiap auns troy sebelumnya.  

Jumlah dagangan menyusut kepada dua lot daripada empat lot minggu lalu manakala kepentingan terbuka menguncup kepada 29 kontrak daripada 37 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$2,513.35 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 30 Ogos.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan