PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Pada Tengah Hari

03/09/2024 02:48 PM

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan ditutup rendah pada tengah hari ini bagaimanapun kenaikan Tenaga Nasional (TNB) dan Public Bank mendorong kurangkan penurunan indeks barometer.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.61 mata kepada 1,676.58 daripada 1,678.19 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks itu dibuka 0.37 mata lebih rendah kepada 1,677.82 dan seterusnya bergerak antara 1,684.06 hingga 1,673.86 sepanjang sesi dagangan pagi.

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 479 berbanding 429 manakala 494 kaunter tidak berubah, 1,025 kaunter tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.78 bilion unit bernilai RM1.40 bilion.

Secara keseluruhan, minat berkurangan dalam persekitaran kekurangan berita menggerakkan pasaran, ditambah lagi dengan cuti umum di Amerika Syarikat dan petunjuk serantau yang lemah menjelang keluaran data ekonomi utama di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Seorang peniaga berkata pasaran sedang menunggu keputusan mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari dengan jangkaan bahawa Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

China dan AS dijadual untuk mengumumkan jumlah eksport dan import Ogos minggu ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, TNB meningkat 20 sen kepada RM14.76, Public Bank menambah lima sen kepada RM4.80 dan YTL menokok empat sen kepada RM3.06, CIMB jatuh sembilan sen kepada RM8.21 manakala Petronas Chemicals merosot 10 sen kepada RM5.63.

Bagi saham aktif, Talam Transform tidak berubah pada 3.0 sen, MYEG turun 0.5 sen kepada 89 sen, Notion Vtec susut satu sen kepada RM1.12 dan MRCB naik dua sen kepada 61.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 11.62 mata kepada 12,497.98, Indeks FBM Emas Shariah turun 12.89 mata kepada 12,306.74, Indeks FBMT 100 berkurangan 13.38 mata kepada 12,190.88, Indeks FBM 70 jatuh 25.43 mata kepada 17,521.52 manakala Indeks FBM ACE menambah 2.55 mata kepada 5,189.15.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 27.67 mata kepada 19,683.01, Indeks Perladangan susut 32.33 mata kepada 7,273.43, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri menguncup 1.03 mata kepada 179.88, bagaimanapun Indeks Tenaga naik 0.78 mata kepada 920.06.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan