PASARAN > BERITA

IILM Selesai Terbitan Semula Sukuk Jangka Pendek US$990 Juta

03/09/2024 11:31 PM

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) berjaya menyelesaikan terbitan semula agregat US$990 juta (US$1=RM4.36) untuk sukuk jangka pendek dalam tiga tempoh berbeza iaitu satu, tiga dan enam bulan.

Dalam kenyataan hari ini, katanya ketiga-tiga siri itu pada harga kompetitif sebanyak 5.35 peratus untuk US$330 juta bagi tempoh satu bulan; 5.15 peratus untuk US$350 juta untuk tempoh tiga bulan dan 5.00 peratus untuk US$310 juta bagi tempoh enam bulan.

Terbitan sukuk terkini itu menandakan lelongan ke-10 IILM pada tahun ini, katanya.

“Terbitan semula sukuk IILM hari ini menyaksikan tender yang kompetitif dalam kalangan peniaga utama dan pelabur daripada pasaran di seluruh Majlis Kerjasama Teluk,  Eropah dan Asia.

“Gabungan nilai perolehan kontrak ini melebihi US$2.05 bilion, mewakili purata nisbah bida kepada perlindungan sebanyak 207 peratus,” katanya.

Katanya setakat ini pada tahun ini, IILM telah menerbitkan sukuk berjumlah keseluruhan US$9.37 bilion untuk 30 siri sukuk.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan