PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Susulan Minat Belian Baharu

04/09/2024 01:24 AM

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, disokong oleh minat belian baharu walaupun prestasi lemah di pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX).

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta September 2024 meningkat kepada US$2,523.70 setiap auns troy daripada US$2,516.30 setiap auns troy pada Isnin. 

 Kontrak Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari 2025, dan April 2025 semuanya ditutup tinggi kepada US$2,526.00 setiap auns troy daripada US$2,518.60 setiap auns troy sebelumnya.  

Jumlah dagangan melonjak kepada lapan lot daripada dua lot manakala kepentingan terbuka menokok kepada 36 kontrak daripada 29 kontrak sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada US$2,498.60 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 2 Sept, 2024.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan