PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

04/09/2024 08:34 PM

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran tunai pendasar. 

Kontrak bulan semerta September 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 susut tujuh mata setiap satu masing-masing kepada 1,653.0, 1,657.0 dan 1,660.5, manakala Mac 2025 turun 6.5 mata kepada 1,646.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 7,238 lot daripada 6,929 pada Selasa manakala kepentingan terbuka menokok kepada 50,220 kontrak daripada 47,884 sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 6.41 mata atau 0.38 peratus kepada 1,670.24. 

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan