PASARAN > BERITA

Pasaran COMEX Lemah, Aktiviti Ambil Untung Heret Turun Niaga Hadapan Emas

04/09/2024 08:38 PM

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu susulan aktiviti pengambilan untung serta kelemahan pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX), Amerika Syarikat.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semasa September 2024 menguncup kepada US$2,493.50 setiap auns troy daripada US$2,523.70 setiap auns troy, semalam.

Selain itu, kontrak Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari 2025 dan April 2025 kesemuanya ditutup lebih rendah pada US$2,495.80 setiap auns troy daripada US$2,526.00 setiap auns troy, sebelum ini.

Jumlah dagangan melonjak kepada 30 lot berbanding lapan lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka turut meningkat ketara kepada 62 kontrak daripada 36 kontrak, sebelum ini.

Harga emas fizikal pula berada pada US$2,479.80 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 3 Sept, 2024.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan