PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Berikutan Belian Semasa Harga Rendah

05/09/2024 10:12 AM

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Aktiviti belian saham semasa harga rendah mendorong Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada Khamis selepas menyusut semalam menjelang pengumuman oleh Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia hari ini.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.09 mata kepada 1,673.33, menokok daripada 1,670.24 semasa ditutup pada Rabu. Indeks utama dibuka 0.31 mata lebih tinggi kepada 1,670.55.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 150 berbanding 126, dengan 239 kaunter tidak berubah, 1,940 tidak diniagakan dan lapan yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan berjumlah 122.28 juta unit bernilai RM84.87 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata, Wall Street ditutup bercampur-campur semalaman menjelang laporan senarai gaji bukan ladang AS esok.

Dow Jones mencatat pemulihan sederhana dengan menokok 38 mata manakala Nasdaq mengurangkan penyusutannya apabila berkurangan 52 mata semasa ditutup semalam, dengan pemain pasaran terus menjangkakan penurunan kadar lebih besar semasa mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) AS akan datang.

"Di dalam negara, kami mendapati beberapa aktiviti belian semasa harga rendah terhadap saham mewah memandangkan indeks itu dilihat menerima sokongan baik pada paras semasa. Oleh itu, kami menjangkakan indeks itu berlegar dalam jajaran 1,670-1,680 hari ini," katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM10.80, Public Bank menokok dua sen kepada RM4.78 dan CIMB melonjak 11 sen kepada RM8.32. Tenaga Nasional dan IHH Healthcare masing-masing menambah enam sen kepada RM14.96 dan RM6.45.

Bagi kaunter aktif, Steel Hawk yang baru disenaraikan mendahului apabila melonjak 130 peratus atau 19.5 sen kepada 34.5 sen. TWL menambah setengah sen kepada 3.0 sen, YTL Power turun 21 sen kepada RM3.68, YTL susut 13 sen kepada RM2.87 dan Hextar Capital meningkat 1.5 sen kepada 41 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 22.47 mata kepada 12,451.23, Indeks FBM Emas Syariah meningkat 26.58 mata kepada 12,251.52 dan Indeks FBMT 100 menokok 21.99 mata kepada 12,150.38.

Indeks FBM 70 meningkat 29.71 mata kepada 17,400.00 manakala Indeks FBM ACE berkurangan 0.56 mata kepada 5,157.37.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 85.35 mata kepada 19,728.50, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.86 mata kepada 178.93, Indeks Tenaga meningkat 0.34 mata kepada 898.06 manakala Indeks Perladangan naik 11.74 mata kepada 7,263.58.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan