PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

05/09/2024 09:03 PM

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, menjejaki prestasi pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS) yang kukuh berikutan dolar AS dan hasil Perbendaharaan AS yang merosot.

Kontrak September 2024 meningkat kepada US$2,535.20 setiap auns troy daripada US$2,493.50 setiap auns troy semalam.  

Kontrak Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari 2025 dan April 2025, masing-masing ditutup tinggi kepada US$2,537.50 setiap auns troy daripada US$2,495.80 setiap auns troy sebelum ini.  

Jumlah dagangan merosot kepada tujuh lot daripada 30 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 50 kontrak daripada 62 kontrak sebelum ini.

Harga emas fizikal berada pada US$2,487.95 setiap auns troy mengikut penetapan harga London Bullion Market Association pada 4 Sept 2024.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan