PASARAN > BERITA

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

06/09/2024 02:20 PM

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, mencerminkan kewaspadaan global, menjelang data pekerjaan utama Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan hari ini, dijangka mempengaruhi tahap penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan.

Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.62 mata kepada 1,657.20 daripada 1,664.82 pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran naik 4.65 mata kepada 1,669.47 dan bergerak antara 1,671.83 dan 1,653.83 sepanjang sesi dagangan.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 599 berbanding 231, dengan 417 kaunter tidak berubah, 1,208 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.2 bilion unit bernilai RM1.3 bilion.

Pasaran serantau kebanyakannya rendah dengan pelabur enggan mengambil langkah signifikan berikutan mereka memantau data pekerjaan utama AS malam ini, kemuncak dengan laporan senarai gaji bukan ladang bagi Ogos.

Jika senarai gaji bukan ladang AS juga lebih rendah daripada jangkaan, sesetengah penganalisis mengunjurkan kemungkinan penurunan sebanyak 50 mata asas.

Di Wall Street, saham ditutup bercampur-campur, menawarkan sokongan terhad kepada pasaran tempatan.

Dalam negara, saham wajaran tinggi YTL Corp mendahului saham yang mencatatkan penurunan, merosot 20 sen kepada RM2.50 manakala YTL Power susut 19 sen kepada RM3.50 dan MISC berkurangan 17 sen kepada RM8.11.

Petronas Chemicals dan Sunway, masing-masing turun sembilan sen kepada RM5.51 dan RM3.91.

Kaunter aktif termasuklah Steel Hawk, yang meningkat 4.5 sen kepada 39 sen manakala Cape EMS dan Tanco, masing-masing naik satu sen kepada 35 sen dan RM1.09.

MYEG dan Ta Win, masing-masing tidak berubah pada 91.5 sen dan 2.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 70.52 mata kepada 12,302.15, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 79.91 mata kepada 12,094.28 dan Indeks FBMT 100 susut 68.16 mata kepada 12,012.79. 

Indeks FBM 70 merosot 145.66 mata kepada 17,126.27 manakala Indeks FBM ACE susut 10.34 mata kepada 5,070.76.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 11.89 mata kepada 19,659.85 dan Indeks Perladangan naik 0.32 mata kepada 7,225.41.

Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 2.76 mata kepada 174.61 dan Indeks Tenaga berkurangan 5.00 mata kepada 882.92.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan