PASARAN > BERITA

Jangkaan Kadar Faedah AS Turun Dorong Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

06/09/2024 08:39 PM

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup sedikit tinggi pada Jumaat selepas dolar Amerika Syarikat (AS) terus rendah menjelang pengurangan kadar faedah yang dijangkakan.

Emas dan kadar faedah lazimnya berkait rapat, dengan harga emas cenderung meningkat apabila kadar faedah menurun, dan emas susut apabila kadar faedah meningkat.

September 2024 menokok kepada US$2,536.70 setiap auns troy daripada US$2,535.20 setiap auns troy semalam.

Oktober 2024, November 2024, Disember 2024, Februari 2025 dan April 2025 masing-masing ditutup tinggi pada US$2,539.00 setiap auns troy berbanding US$2,537.50 setiap auns troy pada Khamis.

Jumlah dagangan meningkat kepada sembilan lot daripada tujuh lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka berkurang kepada 49 kontrak daripada 50 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$2,509.55 setiap auns troy, berdasarkan penetapan petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 5 September.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan