PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Meningkat Semula Beransur-ansur Minggu Depan

07/09/2024 10:52 AM

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diunjurkan meningkat semula secara beransur-ansur minggu hadapan, sejajar dengan peningkatan yang dijangkakan di pasaran tunai.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan menjangkakan FBM KLCI menguji semula paras 1,670 disokong oleh pengukuhan sentimen pasaran.

“Pasaran kini menjangkakan pengurangan kadar faedah sebanyak 50 mata asas bulan ini, berdasarkan data FedWatch oleh CME selepas laporan gaji bukan ladang,” katanya.

Bagi dagangan yang baru berakhir minggu ini, kontrak September 2024 turun 36 mata kepada 1,635.5, Oktober 2024 yang baru disenaraikan berakhir pada 1,638.5 manakala Disember 2024 susut 35 mata kepada 1,642.5 dan Mac 2025 menguncup 34 mata kepada 1,628.5.

Jumlah dagangan berkurang kepada 39,004 lot daripada 205,479 lot pada minggu lepas manakala kepentingan terbuka mengecil kepada 55,697 kontrak daripada 65,635 kontrak.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan