PASARAN > BERITA

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Dipengaruhi Kejatuhan Pasaran Minyak Kacang Soya

09/09/2024 09:25 PM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin disebabkan kejatuhan dalam pasaran minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), menurut peniaga minyak sawit David Ng.

Selain itu, sentimen pasaran juga dipengaruhi oleh harga minyak mentah yang lebih rendah, katanya.

"Kami mendapati paras sokongan pada RM3,800 setan dan paras rintangan pada RM3,950 setan," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak semerta September 2024 meningkat RM5 kepada RM3,985 setan, tetapi kontrak Oktober 2024 turun RM1 kepada RM3,934 setan manakala November 2024 jatuh RM3 kepada RM3,895 setan.

Kontrak Disember 2024 turun RM10 kepada RM3,864 setan, Januari 2025 susut RM11 kepada RM3,850 setan dan Februari 2025 berkurangan RM13 kepada RM3,845 setan.

Jumlah dagangan jatuh kepada 57,096 lot daripada 59,641 lot pada Jumaat lalu, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 233,734 kontrak berbanding 232,403 kontrak sebelum ini.

Harga MSM fizikal bagi September Selatan kekal tidak berubah pada RM4,030 setan.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan